Tips memilih tudung/selendang yang sesuai :)

As salam n hie (:
"Tudung yang sesuai dengan bentuk muka"

Soalan ni kira paling fames memess dekat check list visitor yang search hencek google, terus jumpa blog aku. Jadi, kali ni aku terbuka hati nak share dengan pembaca semua tentang bentuk muka yang macam mana yang sesuai dengan tudung yang korang minat. Seperti korang tahu, kita ada macam-2 jenis tudung dan fesyen yang sesuai untuk dipakai termasuklah tudung bawal yg masih tak ditelan zaman. Tup tup, sekarang zaman tudung bawal kosong dah kembali dan antara permintaan terbanyak sekarang ni dekat semua blogshop dan kedai-2 tudung. Meh aku nak share beberapa jenis/ fesyen tudung daripada dulu sampai sekarang.


View1# Tudung Bawal
Wardina Safiyyah.
Masa aku kecik-2 lagi dah ada gaya tudung dipanggil 'Tudung Wardina'. Gaya tudung bawal yang dipakai Wardina dililitkan sehingga ke atas kepala. Ini antara salah satu gaya tudung faveret aku masa kecik-2 dulu sampai sekarang :)




view2# Anak tudung syria

Fatin Liyana, Pemilik blog HoneyKoyuki :) 
Tudung selendang yang dikenakan dengan anak tudung syria. Cara ni paling mudah nak dapatkan bentuk muka yang cantik. Tips -->Cara pakai inner syria. Tapi kalau malas sangat nak lilit-2, sarung je tudung syria. Gandingan anak tudung syria yang berwarna-warni dengan tudung syria/selendang yang mempunyai warna kontra, sememangnya menaikkan lagi keceriaan!




view3#  Pashmina

Hana Tajima ,one of the my faveret Fesyen Designer. 
Tudung pashmina boleh buat secara loose dan tak pakai banyak pin. Bagi yang dah biasa, tak sampai 5 minit dah siap. Dalam pemilihan pashmina, terpulang kepada individu. Kalau aku, aku suka pilih material yang tak terlalu lembut atau terlalu keras. Macam-2 fesyen boleh digayakan dengan pashmina. Pashmina yg digayakan dengan cara loose boleh dikenakan dengan inner neck :)


view4# Tudung satin

Kain tudung satin terlalu licin dan lembut. Jadi, bagi yang nak cuba, kena pandai sesuaikan fesyen dengan bentuk muka agak nampak kemas dan tak mudah longgar ketika pakai. 

Nak kata harini rajin sangat nak update pasal tips tu, tak jugak. Tapi nak share sedikit tentang tudung/selendang. Aku rasa pasti semua yang bertudung mahupun tidak bertudung tahu tentang perkembangan fesyen tudung. Aku sendiri sentiasa follow up trend yang sesuai melalui internet dan bahan bacaan terutama majalah faveret aku , Dara.Com. Soal sesuai yang aku maksudkan, pastinya ada cara dalam pemilihan tudung. Aspek yang paling penting adalah bentuk muka. Meh sini aku nak bawak korang semua dalam tips-tips yang dikongsi dalam Klinik Fesyen Majalah Dara.com.


Jenis Tudung dan Gaya yang seiring Bentuk Muka.


Wajah Oval:
Anda bebas meimilih gaya tudung yang diinginkan. Walaupun anda menggunakan selendang, anda tetap boleh mengenakan selendang bersama anak tudung ataupun tanpa tanpa anak tudung. Ini kerana, bentuk wajah sebegini sememangnya menjadi idaman semua.


Wajah Petak:
Tulang rahang anda kelihatan jelas dengan memiliki bentuk wajah sebegini. Bahagian dagu pula kurang kelihatan. Anda perlu bijak menggayakan tudung atau selendang untuk menyembunyikan tulang rahang anda. Caranya, pilihlah gaya lilitan apabila menggayakan selendang. Elakkan menbuat ikatan ke belakang tengkuk kerana ini hanya akan memperlihatkan tulang rahang anda.


Wajah Panjang:
Anda memiliki dagu yang panjang. Untuk mengelakkan kening nampak tinggi, anda disarankan memakai anak tudung ke bawah sedikit menghampiri atau menutupi sedikit di bahagian kening. Penggunaan anak tudung syria dijangka dapat membantu untuk menutupi sedikit bahagian kening anda yang tinggi. Namun begitu, wajah sebegini sesuai menggayakan apa jua jenis selendang.


Wajah Bulat:
Wajah sebegini disarankan untuk memilih anak tudung yang lebih anjal agar tidak membuatkan pipi anda tampak kelihatan lebih tembam. Ini akan membuatkan ilusi wajah anda kelihatan memanjang. Anda disarankan memilih selendang yang nipis agar kepala anda tidak akan kelihatan lebih besar, Selendang pashmina nipis atau mini sangat sesuai untuk wajah anda.


Wajah segitiga/ berlian:
Seperti betuk wajah oval, anda bebas menggayakan apa jua jenis selendang. Ini kerana wajah anda yang tirus mudah digayakan dengan apa jua anak tudung dan selendang. Namun begitu, untuk membuatkan wajah anda tampak sekata, tarik selendang atau anak tudung ke hadapan sedikit pada bahagian rahang agar sekata dengan bahagian pipi dan kening.





PESANAN PENAJA:
   





Selamat mencuba :)



KALAU SUKA, KLIK LIKE.

11 comments:

Nur Amira Mardiana said...

emm.. mira takpasti bentuk muka mira .. hahaha ..

hamba allah said...

bg pndpat aku...tak kisah style apa pun tudung seorang wanita tu pakai..tapi biarlah labuh kan menutup dada ..btul tak? coz it also one of aurat right?paling tk suka yang tarik2 naik atas..yang tutup kepala je..tk blh jugak kan?..klu ada salah betulkan ea?

~uǝǝʇɐɟ said...

amira mardiana: hehehe :) muka mira pnjang ^^

~uǝǝʇɐɟ said...

hamba Allah: yessss! setuju. nak cantik, biarlah cantik di mata Allah juga... biarpun berfesyen, tp jge lah aurat...

noor hafizah said...

hye im just a newbie saje nk tinggal jejak :D
http://konklusikehidupan.blogspot.com/

~uǝǝʇɐɟ said...

hye newbie ! :)

home gayle said...

mcm mne akk hias blog nie...??

nurul sakinah said...

akak...ajar hias blog....

~uǝǝʇɐɟ said...

Akk punya blog simple je dik :)

~uǝǝʇɐɟ said...

Akk punya blog simple je dik :)

Anonymous said...

PROMOSI RM20. Beli tudung di ebay jom...

http://www.ebay.com.my/itm/Tudung-Satin-Sakinah-/221301198354

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...